Oct 24, 2014

October 25, 2014 at 08:18AM

Berbual dengan adik. Dia bekerja dalam industri F&B (food & beverages). Dua hari lepas, ada pelanggan terlebih bergaya datang ke restoran tempat dia bekerja. Pakaian kemas, rambut disisir rapi. Entah kenapa, tiba-tiba dia marahkan pekerja yang bertugas di kaunter. Adik yang baru sebentar ke stor kerana mengambil barang kembali ke kaunter terhairan-hairan. "Kenapa ni? Nak order apa?" "Ni, yang mana burger ayam?" Mengawal emosi, adik menghentak sedikit kertas menu yang sah-sah tertulis perkataan 'chicken'. "Kau ni macam berlagak je ambil order!" Aku tergelak besar. Pertama kali dengar dialog begitu. Kahkah.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape