Oct 29, 2014

October 29, 2014 at 08:23PM

Saya seorang yang mrngalami masalah gayat. Orang putih kata, fear of heights atau acrophobia. Tadi, adinda saya Fatin Rahman yang baik hati membawa saya ke perpustakaan baru di UKM (dah lama beroperasi, kau baru nak jejak?) Ia tempat belajar yang kondusif. Seronok berada di sini. Tetapi, apabila mahu pulang, adinda saya ini membuat satu ajakan yang menarik tetapi menyeramkan buat saya. Ya, kita turun dengan tangga. Sebelum turun, saya ambil gambar ini dahulu. Itupun, Fatin tahankan belakang badan dengan tangan. (Sewaktu mula-mula memandang ke atas, hampir-hampir terlepas buku di tangan! Automatik, bahu rasa meremang dan ketar lutut!) Baik, ayuh cabar diri! Semasa turun, saya hampir tidak dapat mengawal rasa gayat. Sekejap-sekejap, pegang rel pemegang. Memang macam orang baru belajar berjalan! Sampai satu ketika, kami terjerit kecil dan menarik perhatian beberapa pelajar yang duduk di meja berhampiran tangga. Ketara sangat agaknya saya takut menuruni tangga itu sehingga seorang pelajar menegur, "Turun baik-baik, nanti jatuh." Huhu. Lain kali, mahu cabar diri lagi.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape