Dec 4, 2014

December 05, 2014 at 11:59AM

Berkata Imam Syafie, "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu engkau bangun dan membaca al-Quran. Jika tidak jumpa, carilah ia ketika engkau sedang bersolat. Jika belum bertemu, carilah pula hatimu sewaktu engkau bertafakur mengingati mati. Jika tidak berhasil menemukan hatimu pada ketiga-tiga tempat, berdoalah kepada Tuhan dan minta sepotong hati yang baru." Saya sering terfikir, apa maksudnya mencari hati? Alhamdulillah, tadi Ustazah Asni Mansor menerangkan, "Apabila hatimu masih berdegil, masih sombong dan tidak bergetar apabila mendengar nama Allah. Maka, waktu itu mintalah Allah beri kita hati yang baru, yang mahu tunduk kepada Tuhan." Allah.... #jagahati #muhasabahdiri Tanyalah Ustazah. Kadang-kadang Alim, Kadang-kadang Zalim.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape