B.A.D Semalam, saya selesai membaca ebook Bertanya Allah Dahulu. Sejak mula membaca buku digital ini, saya sering beritahu diri sendiri, "Walau apapun yang aku ada, semua ini Allah yang punya." Pagi tadi, saya dan adik menaiki teksi untuk ke Kota Damansara. Ia pengalaman pertama kami menaiki teksi di kawasan ini. Macam-macam perkara berlegar dalam kepala. Mengenangkan jumlah wang dalam poket yang tidak banyak, saya berkata sendiri, 'Ya Allah, aku tidak punya wang yang banyak buat masa ini. Bagaimana ini ya Allah? Lindungi kami sepanjang perjalanan ini ya Allah. Jauhkan kami daripada kejahatan hati kami dan hati-hati orang lain. Lindungi kami daripada orang-orang yang mahu mengambil kesempatan.' Sepanjang perjalanan, saya berselawat di dalam hati sambil berbual dengan pemandu teksi. Ditakdirkan, pemandu teksi ini tersalah laluan dan kami berpatah balik ke lokasi asal. Kami terdiam apabila dia memberitahu tidak dapat menghantar kami dan mahu pulang kerana ada urusan lain. Allahu akbar! Debar tak sudah! Saya menghulurkan dua not merah kepada pemandu teksi itu selepas dia menurunkan kami memandangkan dia tidak menggunakan meter dan hanya berkata, "Beri sahaja berapa yang cukup untuk duit gas." Sebelum kami keluar dia menyerahkan semula sekeping not merah, "Ambillah ni. Lebih. Buat bayar teksi seterusnya." 'Alhamdulillah!' Selepas itu, kami menaiki teksi yang lain dan duit yang dipulangkan tadi memang cukup untuk tambang. Juga, kami direzekikan pula sesuatu yang lain. Pemandu teksi ini memaklumkan kepada kami mengenai perkhidmatan myTeksi dan berbaik hati mengajarkan cara menggunakan servis ini. Alhamdulillah. #KisahSuksesBAD Mohon tag: Asyraff Hafdzan Abdullah, Ustazah Siti Khadijah
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment