Dec 19, 2014

December 20, 2014 at 03:11AM

Menyiapkan artikel sambil mata lirik-lirik nakal ke siaran cerita Hindustan di tivi. Cerita lama lakonan Amitabh, Lal Badshah. Disebabkan saya hanya intai-intai plot sahaja, tak banyak yang boleh disimpulkan. Satu hal yang jelas, cerita ini digerakkan dengan rasa dendam antara geng antagonis dan watak utama. Berulang-ulang, sampai saya fikir, 'Kalau terus macam ni, bila nak habis?' Boleh tahan panjang cerita ni. Kerja sudah siap pun, cerita belum habis. Mungkin sebab tidak banyak lagu, jadi konflik cerita ditambah supaya kuota tempoh siaran dipenuhi. Sekejap, hero menang. Kemudian, hero kalah. Kemudian, hero menang semula. Lepas itu, muncul pula watak baru (sudah dijangka) yang memberi harapan kepada hero tetapi memberi kemenangan kepada gen antagonis. Kemudian, hero dan orang jahat seri. Eh, belum habis lagi. Ohoi, letih!

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape