Saya suka menonton rancangan The Voice.
Sebabnya, walaupun baru menonton rancangan ini lima minit, saya sudah tergelak-gelak melihat gelagat Adama Levine dan Blake Shelton. Pernah, keakraban mereka mengundang cemburu isteri Blake. Tetapi, pada masa yang sama mereka bergaduh manja mencari protege. Semangat brotherhood!
Perkara lain yang saya suka dalam rancangan ini adalah cara para mentor itu mengkritik persembahan. Begitu positif dan membina! Mereka meraikan bakat dan tidak merendahkan esteem peserta. Mereka mengajak peserta memandang lebih jauh dan menyediakan mereka ke arah itu. Lebih penting, peserta diajarkan mengenai tanggungjawab. Para peserta memilih sendiri lagu yang mahu dipersembahkan di atas pentas. Tidak ada drama di sebalik tabir, melainkan sesi tunjuk ajar yang secara tidak langsung sampai juga kepada para penonton.
Berbalik kepada tajuk entri saya. Antara impian dan usaha. Sewaktu meononton televisyen pagi tadi (selepas sesi menukar saluran berkali-kali sehingga jumpa rancangan menarik), saya sempat menonton siaran 15 minit akhir salah satu episod pencarian bakat The Voice musim 4 (dengan Shakira dan Usher sebagai mentor undangan).
Diketahui sejak awal, jmpian Adam adalah merebut penyanyi lagu country yang sememangnya bidang yang diperjuangkan oleh Blake. Pagi ini, saya melihat impian kecilnya itu berjaya! Sungguh, kesemua artis lain (para mentor itu) terperanjat dengan keputusan si protege!
Saya sendiri ternganga. Sebab dijangka, peserta akan memilih Blake seperti pejuang-pejuang irama country lain dengan asas 'birds of a feather flck together'. Orang dengan minat dan minat yang serupa akan memilih duduk bersama.
Tetapi, seperti yang kita tahu, kejayaan itu datang dengan usaha. Ya, pagi tadi saya melihat perkara itu. Benar, impian itu boleh digapai dan 'dipegang' selagi kita tidak kenal putus asa.
by Rahmah Mokhtar

No comments:
Post a Comment