4 Faktor Azam Tak Tercapai. Tahun baru, ramai yang bercakap pasal azam. Kita selalu dengar ungkapan, "Saya mahu teruskan azam tahun lepas, yang belum tercapai." Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ustaz Elyas Ismail ada kongsikan mengenai hal ini dalam kuliah 'Jom Selfie' di TV1 semalam. 1. Asyik mengulang perkara sama tetapi berharap hasilnya berbeza. Tanpa mengubah sikap, kita tidak akan menempa kejayaan atau mencipta hasil yang lebih baik. Memasang azam yang sama, harus disertakan dengan sikap berbeza. 2. Tidak belajar dari kesilapan. Apabila perkara yang dirancang tidak menjadi, kita patah balik dan kaji semula langkah-langkah yang pernah diambil. Mana-mana yang terlihat mencacatkan perjalanan, kita tampal dan baiki bagi mendapat hasil yang lebih baik. 3. Tidak ikhlas / tidak bersungguh-sungguh. Man jadda wa jada. Tanpa kesungguhan, kita akan mudah rasa putus asa. Perancangan yang baik selalu gagal apabila tidak diseimbangkan dengan usaha setimpal. 4. Tidak sabar. Ada masanya, kita tidak sanggup mahu menunggu. Selepas berusaha, kita selalu mahu hasil yang cepat. Rezeki itu hak Tuhan. Ia didatangkan kepada kita sesuai dengan keperluan, dan bukan kehendak manusia. Yang baik itu daripada Allah. Mana-mana yang kurang, ia kesilapan saya. Jom selfie. #muhasabahdiri
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment