Jan 13, 2015

January 14, 2015 at 12:10PM

Sekolah sebelah pagar rumah. Dengar suara guru mengajar. Kuat sungguh suaranya. Teringat guru disiplin di sekolah rendah. Semua orang di tempat perhimpunan boleh dengar suaranya. Guru yang tiada ampun. Masa itu, dia yang paling semua orang takut. Sekarang, ramai yang berterima kasih. Tetapi, masih tak kurang yang membenci kerana pernah mendapat denda yang keras. Terkenang pula cerita semasa darjah 6. Guru Penolong Kanan sangka saya anak jiran apabila butir saya datang lewat serupa dengan adik, yang memang dia kenal sebagai anak Pengerusi PIBG. Sempat kena tengking jugalah di perhimpunan. Sudahlah pakai baju pengawas. Nasib diri, memang bentuk muka dan warna kulit saya berbeza daripada adik-adik. Sampai sekarang, apabila mahu bergurau, adik-beradik atau saya sendiri akan cakap, "Iyalah, saya anak jiran." Kahkah. #ceritasekolah

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape