Mar 28, 2015

March 29, 2015 at 11:38AM

Cerpen101 Semalam ada yang bertanya, "Mengapa pilih 101?" Jujur, ia idea spontan yang mewakili: 1 - Langkah pertama saya menulis segmen tip penulisan cerpen. 0 - Kita bermula dari sifar. 1 - Dari kosong, kita mulakan langkah dan siapkan cerpen pertama. Sekian. Bagaimana mahu bermula? + Ambil pen dan kertas kosong. + Buat rangka idea ringkas: 1 tema cerita, 1 matlamat watak, 3 watak (yang cantik dan kacak). + Tanya satu soalan, "Apa satu masalah watak yang mahu diselesaikan?" + Kembangkan masalah watak, sampai tahap dia kata atau sekurang-kurangnya ada perasaan, "Okey, cukup sampai di sini. Aku kena selesaikan semua ni." + Sediakan penyelesaian kepada masalah watak tadi. + Tulis! Nota: Ini asas ringkas. Boleh sahaja diolah ikut kesesuaian cerita dan latar lokasi masing-masing.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape