Apr 1, 2015

April 02, 2015 at 12:34PM

Alhamdulillah, menerima berita baik tengah hari ini. Dari grup Agen Jualan Buku PTS, dimaklumkan buku Aku Terima Cintanya menduduki tangga teratas bagi jualan Mac 2015. Belumpun sebulan ia berada di pasaran, Alhamdulillah. Terima kasih, para agen jualan yang gigih mempromosi buku ini. Terima kasih, ahli keluarga yang menyokong dan menyebarkan maklumat mengenai buku ini. Terima kasih, para rakan seperjuangan yang tidak berhenti memberi sokongan semasa naskhah ini ditulis. Paling ISTIMEWA, terima kasih para pembaca yang budiman. Terima kasih kerana membeli dan tidak berhenti memberi testimoni positif yang membuat kami tersenyum setiap hari. Alhamdulillah, semoga Allah rahmati tuan dan cikpuan yang baik. Amin. * * * + Insya-Allah, mulai hari ini tempahan boleh dibuat melalui Cik Siti Rahmah MN. PM beliau atau whatsapp 0129045865 untuk maklumat lanjut. + Insya-Allah, kita jumpa di PBAKL. Terima kasih.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape