May 14, 2015

May 14, 2015 at 10:39PM

Nostalgia | Membaca cerita mengenai asrama, saya beristighfar. Takut. Moga kita mendapat hidayah, amin. Langsung teringat waktu saya menjadi pelajar asrama. Sekolah harian, dengan asrama puteri. Terkial-kial juga, tetapi memandangkan masuk asrama semasa tingkatan 5, saya bergagah dan buat-buat kool walaupun ada masanya gagal. Alhamdulillah, saya direzekikan melihat hidup dari sudut berbeza pada usia 17 tahun. Banyak pengajaran, juga pengalaman yang tidak terlupakan. Rentetan peristiwa saya menulis lirik nasyid sekolah, peluang berkarya terbuka lagi. Kali ini, untuk nasyid wakil asrama. Mari nikmati bait lirik baris pertama. Suburi hati yang kian gersang, Dengan siraman kasih dan sayang, Itulah sifat warga cemerlang, Hasil asuhan asrama gemilang. Untuk lirik ini, saya berkolaborasi dengan sahabat karib saya yang hebat, Izzatt Izzat yang suka muzik dan rakan yang selalu tahu cara untuk buat saya tersenyum dan ketawa semasa berduka. Tq bebanyaks, beb. Nota : Pernah jadi pelajar SBP 21 hari, sebelum saya putuskan mahu pindah semula ke sekolah lama.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape