May 20, 2015

May 21, 2015 at 01:32PM

Cerpen101 #NotaIdea Saya tiada idea. Apa yang perlu saya buat? Sebenarnya, tahukah kita apa yang dinamakan sebagai idea? Kata James Webb Young, "Idea itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah kombinasi beberapa elemen lama." Jadi, mengapa saya tiada idea? Sebab kita asyik fikir penyelesaian masalah yang dihadapi hanya ada satu sedangkan ada sangat banyak (ratus, malah ribuan) penyelesaian yang boleh dipilih, apabila kita menolak elemen serius dan logik ke tepi. Sewaktu mencari idea, berfikirlah seperti kanak-kanak. Datangkan banyak WHY dalam kepala. Selepas itu, baru kita matangkan idea yang sudah datang, dengan kemahiran yang ada. Nota : Ada kanak-kanak dalam diri setiap daripada kita. Jangan bunuh dia dengan pemikiran bosan orang dewasa.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape