Jun 17, 2015

June 18, 2015 at 06:41AM

Cerita pagi, sebelum Subuh tadi. Selepas bersahur, anak-anak saudara berkumpul depan tivi. Saya di dapur, menjalankan operasi #tamakpahala, mengemas dapur pagi-pagi. Selesai berkemas, saya dengar Asyraf sebut 'nama pena'. Lalu saya tanya, 'Tahu tak apa maksud nama pena?' Geleng. Maka, dengan cara terbaik yang saya jumpa waktu itu, saya beritahu ia nama yang diguna semasa menulis. Macam MakMah. Nama pena MakMah ialah Rahmah Mokhtar tapi, nama betul MakMah Siti Rahmah. Mereka angguk dan keluarkan macam-macam andaian. "Nama pena tu nama tipu ?" Terdiam MakMah. Ye agaknya. Nak cakap apa pun taktau. Haha. Terlupa sekejap. Alih topik, cakap ada juga lelaki guna nama pena perempuan. Terus bagi contoh Ariffuddin Sani dan Aliyah Farha, memandangkan mereka fan Beruslah Gigi. Kemudian, sebut pula penulis ini ada buku bertajuk Aisyah & Roti Canai. Aisyah terus tersenyum-senyum. Asyraf gelak dan kata, "Nak!" Langsung adikna cakap, "Nak jugak. Adik kongsi dengan abang." Errr, Tuan Mohd Ariffuddin, ada stok buku tak? Nota : Bahaya cakap dengan fan ni.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape