Jun 23, 2015

June 24, 2015 at 08:17AM

Saya mengikuti siri refleksi ini di Channel Quran Weekly. Insya-Allah, kupasannya mudah difahami. Setakat tengah malam tadi sudah ada Part 3. Quran itu 'Hakeem' (36:2), kerana 3 sebab : 1. Ia mempunyai kebijaksanaan (yang jelas, bukan daripada manusia) 2. Ia mengadungi hukum (yang hanya mampu diperintahkan oleh pihak yang berkuasa) 3. Kandungan Quran terjalin dengan kemas (Tiada ruang ragu yang dapat ditimbulkan). Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai salah seorang daripada rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah (36:3). Ayat ini adalah pemberitahuan kepada nabi yang dipulaukan oleh kaumnya, bahawa dia tidak bersendirian. Mendengar inti kupasan ini, sungguh terdetik dalam hati, "Hebatnya Allah, telitinya Allah, bijaksananya Allah." Allahu akbar. Nota : Kanda Faridah Idris, terima kasih kerana beritahu saya pasal channel ini. Alhamdulillah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape