Aug 12, 2015

August 13, 2015 at 02:28PM

Buat kawan-kawan yang tanya, kenapa saya selalu tulis ucapan, "Moga direzekikan segala kebaikan di dunia dan akhirat," sebenarnya ia bertitik-tolak daripada perkongsian Ustaz Badlishah dalam rancangan Cinta Ilmu: Akidah dan Falsafah, kupasan tafsir hadis, topik Perlindungan di Hari Kiamat. Hanya saya tak tambahkan bahagian dilindungi daripada azab neraka. "Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina 'azabannar." Maksudnya, "Wahai Tuhan kami, kurniakan kami segala kebaikan di dunia, dan segala kebaikan di akhirat, dan lindungi kami daripada azab neraka. Amin." Doa ini adalah doa kegemaran Baginda Nabi. Ini disebabkan melalui doa ini kita meminta 14 kebaikan di dunia dan 8 kebaikan di akhirat. 14 Kebaikan di dunia 1. Taufik dan hidayah 2. Mendapat buat amal kebaikan 3. Mendapat kefahaman yang baik dalam beragama 4. Mendapat ilmu yang bermanfaat 5. Mendapat isteri solehah 6. Mendapat zuriat penyejuk hati 7. Mendapat sahabat-sahabat yang soleh 8. Diberi kesihatan, kesejahteraan dan kelapangan 9. Panjang umur dalam ketaatan 10. Mendapat rezeki halal 11. Mendapat iman dan taqwa 12. Selalu ingat Allah 13. Disucikan hati daripada sifat mazmumah 14. Mati dalam husnul khatimah 8 Kebaikan di akhirat 1. Keselamatan daripada seksa dan azab kubur 2. Keselamatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat. 3. Mendapat perlindungan Arasy ketika dipanggil berkumpul di padang Mahsyar 4. Diberi buku catatan amalan dari tangan kanan 5. Diberi minum di telaga kausar/ telaga Nabi 6. Diberi syafaat oleh Rasulullah s.a.w 7. Dapat meniti titian sirat sepantas kilat 8. Dapat masuk syurga Allah #muhasabahdiri
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: