Aug 27, 2015

August 27, 2015 at 06:55PM

Kumpulan Sokongan. Sebagai manusia, aku sayang padamu. Eh, ini dialog Laksamana Sunan. Salah intro. Baik, kita mula balik. Sebagai manusia, kita akan ada fasa emosi yang turun naik setiap hari. Ada masa, kita riang bagai kanak-kanak yang dapat peluang makan gula-gula pelbagai perisa, ikut suka. Ada masa, kita bersedih dan menangis sampai mata bengkak, walaupun sebabnya hanya membaca novel atau cerpen sedih, atau menonton filem Hindustan yang paling sedih sepanjang zaman, Kuch Kuch Hota Hai (tahu aku maksudkan babak mana, kan?) Ada ketika, kita kecewa dengan semua perkara di sekeliling kita atas sebab kita terbangun lewat pada hari yang sepatutnya kita membentangkan projek penting syarikat. Ada waktu, kita geram melihat banyak perkara yang tidak enak dipandang tetapi kita tak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu mencegah dengan hati. Sebab, kita lemah. Iman kita lemah. Pada waktu-waktu begini, ada satu kumpulan yang paling kita perlu. Ya, kumpulan sokongan. Mungkin ada yang akan cakap, "Sepatutnya mengadu dengan Allah. Dia penolong, yang sebaik-baik pelindung." Itu aku tak nafi, memang tempat mengadu paling betul. Tetapi macam aku kata, kita manusia. Sebagai manusia, kita ada sangat banyak kelemahan. Gambar boleh flawless dengan Apps 360, tetapi bagaimana mahu ada akhlak dan adab yang flawless? Bagaimana nak elak situasi kita tiba-tiba meroyan dan luah macam-macam perkataan tak enak dibaca atau didengar yang apabila akal waras kita kembali, kita akan sangat menyesal? Kumpulan sokongan. Boleh jadi, kumpulan ini ahli keluarga kita. Boleh jadi, mereka rakan-rakan dengan minat yang sama. Boleh jadi, mereka kawan yang kita kenal sejak sama-sama kena denda jalan itik keliling padang sekolah. Pastinya, mereka orang yang boleh dipercayai dan menerima kita selayaknya kita. Mereka tidak menghukum dan selalu percaya kita akan jadi lebih baik selepas sesi mencurahkan isi hati. Lebih hebat, mereka sukarela memberi nasihat dan pesanan yang tidak membebel. Sedang penyanyi hebat pun ada backup singer dan kumpulan pemuzik di belakangnya. Alhamdulillah. Tuhan sayang aku, dan aku sayang kalian. Nota : Aku makan roti bakar tadi. Sedap.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape