Aug 28, 2015

August 28, 2015 at 08:05PM

#JodohBerdua Alhamdulillah, hari ni ada lagi yang kongsi cerita. Salah satunya disampaikan oleh kaum Adam. Fuh, kool! Story cinta tak kesampaian pula tu, memang gagah! Baik, buat yang bertanya. Cerita yang nak dikongsikan tu, tak perlu ditulis gaya bahasa cerpen. Cerita macam berbual pun okey, selagi boleh difahami. PM saja laju-laju. Contoh: MakMah, aku nak join bagi cerita #JodohBerdua tu. Cerita aku bermula masa aku baru habis matriks. Masa tu tengah tunggu bas kat Shahab Perdana, nak balik kL.... Selit info, 15 minit lepas Hafiz Hamidun cakap video muzik Jodoh Berdua di Youtube dah 1.2 juta view. (Dia tulis kat page, saya hanya ulang sampaikan cerita). Nanti korang tengoklah, kot boleh trigger cerita lama untuk share dengan saya. *** Buat yang terlepas berita, saya khabarkan sekali lagi di sini. Ada apa dengan Projek Kumpulan Cerpen Jodoh Berdua ini? - Baik, ia kumpulan cerpen. Bermakna, penulisnya adalah saya seorang. - Untuk projek ini, saya bercadang merealisasikan hasrat para rakan dan kenalan yang suka bertanyakan soalan ini apabila bertemu saya, "Boleh kau tulis kisah aku?" - Tidak mesti kisah jodoh ini cerita yang berakhir di jenjang perkahwinan. Kalaupun ia berakhir di majlis perkahwinan yang pasangannya adalah orang lain (mudahnya, macam lagu Pelamin Anganku Musnah), ia masih cerita yang akan dipertimbangkan. - Insya-Allah, proses mengumpul cerita akan berlangsung sehingga 5 September 2015 dan selepas itu penilaian akan dibuat. - Hanya 21 cerita akan dipilih untuk dicerpenkan. - Nama tuan / cikpuan akan dirahsiakan. Dalam karya, ia akan muncul sebagai kisah orang lain dengan saya bertindak sebagai narrator. Insya-Allah. - Insya-Allah, SATU hadiah utama akan ditaja oleh Sofwa Apparel, buat cerita paling menarik di antara yang terpilih. * * * Nota: Tengah hari tadi layan Romeo Must Die. Jetli comel dalam filem tu.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape