Aug 27, 2015

August 28, 2015 at 09:27AM

Kumpulan sokongan 2 Semalam saya berbual panjang dengan seorang rakan. Topiknya, apabila tiba-tiba tenggelam punca dan tidak mampu menulis. Salah satu kesukaran yang melanda penulis dan terkenal dengan istilah writer's block. Ya, ia sesi hati ke hati. Salah satu aktiviti yang dibuat bersama kumpulan sokongan. Kami luahkan masalah masing-masing. Melegakan hati di samping mencari penyelesaian. Ada masanya, ia hanya bersebabkan tekanan yang kita cipta sendiri. Entah bila ia bermula, tahu-tahu rasa tak mampu dan takut mahu habiskan kerja sendiri sudah tebal dalam hati dan fikiran. Pada waktu begini, apa yang boleh dilakukan? 1. Nikmati 'masa rehat' itu - Apabila tidak dapat menulis, nikmati kelapangan itu dengan cara sendiri. Perkara yang boleh dibuat, tidur, membaca, menonton filem yang bagus, mengembara atau bersenam. 2. Lihat kerja kita dari sudut baru - Tonton filem Baymax? Ya, mentol idea Hiro Hamada untuk mencipta microbot menyala apabila dia menelek mainannya dari sudut pandang berbeza. Kita boleh buat begini juga. 3. Bercerita mengenai kerja kita - Tekanan tidak boleh buat itu hanya kita yang sedang rasa. Berbual dengan orang lain boleh membantu. Selalunya perbualan singkat pasal idea akan mencetus banyak idea baru. Kenapa? Apabila kita luahkan masalah, ada ruang lega yang bersedia diisi dengan hal baru. 4. Recommit. Kembali semula kepada kerja - Sudah ada sudut pandang baru? Kembali kepada kerja kita semula dan bermula lagi sebagai orang baru. Sediakan jadual, set masa dan bermula lagi. 5. Baca / lihat semula kerja kita - Selepas berkeputusan mahu bermula semula dan kembali daripada rehat, lihat semula kerja yang terhenti itu sebagai orang baru. Serap semula semangat yang kita pernah ada, sewaktu memulakan projek itu. Robbi yassir wala tu'assir. Moga Allah mudahkan kerja tuan dan cikpuan semua. Sebenarnya mahu tulis tip cerpen, tapi terjadi tip universal. Bolehlah. Nota: Hari ni Jumaat. Jom baca al-Kahfi.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape