Aug 30, 2015

August 30, 2015 at 03:13PM

Makan dan bergembira. Berjalan, makan dan bergembira. Ia sinonim dengan hujung minggu buat orang-orang yang bekerja pada waktu pejabat yang normal macam kebanyakan orang di Malaysia. Walaupun waktu kerja aku tidak sama, tetapi hari ini saya buat-buat ia macam sama dengan orang lain. Bagi menunjukkan kesungguhan itu, aku ikut abang berjalan-jalan. Mengikut kata hati, mencari ruang dan peluang menguatkan jiwa. Mengembara dan makan, berpisah tiada. Jadi, kami makan rojak. Sewaktu makan dengan gembira dan penuh rasa nikmat, aku memandang wajah-wajah yang mengelilingi meja itu. Saya tahu, setiap kami ada kepayahan sendiri. Setiap jiwa ada kesukaran berbeza yang digelarkan ujian, yang dihadirkan oleh Tuhan buat hati-hati manusia yang mengaku hamba. Apabila isi pinggan sudah tinggal sedikit, adik bertanya satu soalan, "Tahu apa maksud petes?" Andak geleng. Aku yang sudah pening-pening kesan lewat makan hanya berupaya mengangkat sebelah kening dan memandang wajahnya dengan harapan dia faham aku juga tidak tahu. Menghidupkan suasana di meja, Andak bertanya semula, "Mana aku tahu. Apa maksudnya?" Adik gelak-gelak dan kata, "Aku pun tak tahu." Tersengih-sengih aku dengan jawapan adik. Baru saja berkira-kira mahu tilis sesuatu pasal sejarah makanan itu. Rupanya, dia juga tak tahu. Ateh yang sedang menyuap pisang goreng yang dicicah sambal kicap memasang wajah selamba dan berkata, "Makan saja. Jangan tanya. Kan mak cakap kalau mulut penuh, diam?" Ambek kau. Hidup memang indah. Ia penuh dengan warna, kalau kita mahu melihat. Nota : Tadi nampak Estima warna oren. Terus teringat Zahid AF.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape