Aug 31, 2015

September 01, 2015 at 11:16AM

Masa dah time. Sudah 1 September. Maksudnya, berbaki 4 hari sahaja lagi sebelum penilaian akan dibuat. Buat kawan-kawan yang ada cerita untuk dikongsi, mari PM saya laju-laju. Tidak perlu tulis berformat bagai, cukup dengan cerita yang boleh difahami. Guna bahasa aku-kau pun tidak mengapa, selagi saya boleh faham cerita yang dikirim. Contoh: MakMah, ni cerita aku. Tak menarik sangat, tapi aku harap ada benda yang boleh kau ambil dan cerpenkan. Masa ni, aku baru habis belajar.... Mahu taip panjang-panjang dalam Word dan emel? Lebih saya suka. Nanti, emelkan ke cikrahmah[at] gmail[dot]com Tulis Projek JodohBerdua sebagai tajuk emel. #JodohBerdua Ada apa dengan Projek Kumpulan Cerpen Jodoh Berdua ini? - Baik, ia kumpulan cerpen. Bermakna, penulisnya adalah saya seorang. - Untuk projek ini, saya bercadang merealisasikan hasrat para rakan dan kenalan yang suka bertanyakan soalan ini apabila bertemu saya, "Boleh kau tulis kisah aku?" - Tidak mesti kisah jodoh ini cerita yang berakhir di jenjang perkahwinan. Kalaupun ia berakhir di majlis perkahwinan yang pasangannya adalah orang lain (mudahnya, macam lagu Pelamin Anganku Musnah), ia masih cerita yang akan dipertimbangkan. - Insya-Allah, proses mengumpul cerita akan berlangsung sehingga 5 September 2015 dan selepas itu penilaian akan dibuat. - Hanya 21 cerita akan dipilih untuk dicerpenkan. - Nama tuan / cikpuan akan dirahsiakan. Dalam karya, ia akan muncul sebagai kisah orang lain dengan saya bertindak sebagai narrator. Insya-Allah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape