Sep 3, 2015

September 03, 2015 at 10:04PM

Kaver buku Malam ini malam akhir di sini sebelum program abang berakhir esok. Macam biasa, akan ada sesi makan-makan yang mewajarkan ahli program mengajak ahli keluarga masing-masing join. Jadi, kami pun turun selepas abang kirim berita yang sesi ucapan dah selesai. Di meja, abang duduk dengan rakan dan dia beritahu ada kekurangan pensyarah Kejuruteraan Kimia. Dengan sopan, saya khabarkan passion saya sudah tidak di situ buat masa ini. Kemudian, kawan abang tanya buku-buku tulisan saya. Pesan guru saya, biasakan bakal pembaca dengan kaver buku kita. Lalu saya cari gambar dalam tablet dan jumpa gambar-gambar ini. Oh ya, buat kawan-kawan yang sertai seminar 3P insya-Allah boleh dapatkan buku-buku ini di sana. Nota: Makan makaroni bakar tadi. Segan-segan pun, habis juga sepinggan. Nota 2: Amni dok nyanyi lagu Mak Cun dari tadi. Pening MakMah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape