Sep 4, 2015

September 04, 2015 at 04:19PM

Beringat dan berpesan. Dalam perjalanan pulang ke Selangor. Kata kawan-kawan, kembali ke pangkal jalan. Baru suku perjalanan, tablet bergetar. Ada notifikasi. Apabila dibuka, ada peringatan melalui aplikasi iQuran, "Awak belum baca al-Kahfi hari ini. Mahu baca sekarang?" Sentap jugalah. Sungguh, terlupa. Alhamdulillah, ada peringatan. Maka, saya pun minta abang pasang CD mengaji dan ikut perlahan-lahan. Macam kawan-kawan yang tidak berputus asa, mengingatkan kita supaya terus berbuat baik. Ada masanya, kita terasa dengan teguran yang sampai. Iyalah, kadang-kadang hikmah dicampak jauh apabila mahu berpesan. Bukan apa, masing-masing emosi. Boleh jadi, sewaktu kita melakukan hal yang menyebabkan rakan menegur itu, kita adalah orang ke-19 yang berbuat hal itu. Maka, emosi yang dikawal rakan sudah memuncak dan tidak dapat tidak, ia rezeki kita menerima teguran yang diselit marah dan kecewa. Saya bukan nak relevankan tindakan menegur cara begini, tetapi ada masanya kita pun terlepas berbuat perkara serupa. Apabila ada kawan buat macam tu, memang terus trigger cerita lepas. Selongkar memori, kalau-kalau ada buat benda sama pada orang lain. "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-'Asr : 1-3) Ya, kita berpesan-pesan kerana cinta. Apabila tidak cinta, kita akan cenderung tidak peduli. Biarkan sahaja dia sendiri dan jatuh gaung. Sebab hidup itu perlu kepada jemaah. Solat berjemaah pahalanya diganda 27, pastilah banyak manfaatnya kalau kita berseronok hidup dan bekerja dalam jemaah. Kan? #HidupdanCinta Nota : Saya ada hutang cerita merak. Ampun!
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape