Sep 5, 2015

September 06, 2015 at 06:47AM

Pasca seminar. Selalunya selepas satu seminar, akan rasa bersalah sebab terlalu banyak idea dalam kepala. Alhamdulillah, kali ini saya berbuat sesuatu hal yang paling wajar dilakukan iaitu, pulang dan tidur. Pagi ini, rasa lebih segar. Apa yang mahu dibuat? Insya-Allah, 1. Meneruskan gerak kerja #JodohBerdua. Saya menerima emel sehingga tengah malam semalam. Terima kasih kepada semua yang menghantar cerita, memberi cadangan. Insya-Allah saya akan mula buat semakan hari ini. 2. Menyusun kerangka kerja untuk 2016. Alhamdulillah, #WanitadaRezeki sudah dapat lampu hijau untuk dibawa ke fasa seterusnya. 3. Memasukkan projek-projek baru dalam jadual. Alhamdulillah, semalam tiga projek baru disusun untuk 2017 dengan tiga co-author baru. Insya-Allah. 4. Menyusun gerak kerja pemasaran yang baru, dengan tim yang havoc! 5. Teruskan menjadi manusia yang mencari jalan menuju Tuhan. Terima kasih kepada semua yang menegur saya. Mohon maaf jika saya lambat cam dan sebut nama. Ia kelemahan saya, yang masih sangat perlu diperbaiki. Perkongsian para panelis sangat menarik dan membantu. Saya suka! Nota: Terbayang-bayang pelancaran buku di kafe. Haha. #seminar3p
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape