Sep 6, 2015

September 07, 2015 at 12:45PM

Cerita rezeki. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar. Pagi ini, saya ke Karangkraf. Ada sesi perkongsian teknik penulisan cerpen dengan Abang Long. Seawal lapan pagi saya duduk di kafe Karangkraf Mall, membebel dan bercerita dengan sahabat mengenai cerpen. Apabila penulis bertemu, memang banyak hal disembangkan. Sesi berakhir hampir jam 12 tengah hari. Itupun sebab beliau ada urusan. Kalau tak, memang ada yang sambung bersembang sehingga petang. Kemudian, saya mengambil kesempatan ke mall. Mencari naskhah Asam Garam Gula & Kopi tulisan Dato' Abd Jalil Ali, sebab kawan saya yang seorang ni kata buku ini sedap dibaca. Sedang saya mencari-cari buku berkenaan, seseorang menegur dengan nada girang, "Akak!" Saya angkat muka, mencari wajah si pemanggil. Allahu akbar. Adinda yang selama ini saya ikuti perkembangannya lewat laman FB dan sesekali bersua di seminar dan bengkel penulisan sedang berdiri di hadapan. Rezeki, apabila Tuhan kata itu saya punya, maka ia akan tetap sampai kepada saya. Tanpa menunggu dan ragu, adinda saya ini menyerahkan naskhah Mahar Sebuah Syurga. Automatik, saya menjadi orang paling teruja dalam dunia! This is awesome! Tak tahu nak kata apa, saya asyik tersengih. Nak bersembang banyak-banyak walau hanya ada seminit sebelum kakak tiba di pagar. Ah, terlalu banyak cerita nak dikongsi! Subhanallah. Rezeki milik Allah dan Dia berhak tentukan siapapun yang Dia mahu untuk mendapatnya melalui perantara makhluk bernama manusia. Adinda Fatin Nor Izzati, tahniah banyak-banyak dan terima kasih tak terhingga atas penghargaan ini. Allah rahmati adinda. Moga naskhah Mahar Sebuah Syurga laku keras. Amin! Abang Long, terima kasih kerana kongsi ilmu dan cerita 'orang lama' dengan saya yang mudah remaja ni. Haha Nota : Aku lepak Shah Alam petang ni. Untuk korang semua, selamat bekerja!
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape