Sep 29, 2015

September 30, 2015 at 08:57AM

Pelanggan pertama ***** Ingat cerita riben dan penanda buku semalam? Anak saudara saya suka. Saya kata harganya RM1.50 satu dan yang kecil, RM1 untuk dua penanda buku (Dua singgit!) Dia terus setuju. Katanya, "Adik nak beli. Tapi, adik nak belajar buat juga." Sebagai mak cik penyayang MakMah pun kata, "Malam ni kita buat." Tapi masa cakap tu MakMah garang sebab dah letih batuk. Haha. Hasilnya, dapatlah satu lagi penanda buku yang dia buat sendiri (MakMah tolong part yang susah sikit2). Lepas dah siap, MakMah cakap lagi, "Nanti kita buat banyak-banyak. Lepas tu adik dengan kakak jual." Tahu-tahu pagi ini abang cakap, "Abang nak belajar buat riben juga." Nota : Sebenarnya MakMah praktis untuk buat riben pada hantaran adik. $_$
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: