Oct 15, 2015

October 15, 2015 at 06:47PM

Beli Rumah. Tempoh hari, sewaktu mengikuti sesi perkongsian Cikpuan Rohaniah Noor mengenai hal beli rumah, saya berfikir banyak perkara. Paling utama, soala mengurus kewangan supaya ada simpanan yang mencukupi bagi membeli rumah pertama. Fikir saya, alangkah bagusnya jika saya tahu semua maklumat ini semasa belajar degree dahulu. Tetapi, Alhamdulillah saya disempatkan tahu pada usia sekarang. Lebih seronok, saya belajar sendiri dengan orang bidang yang berpengalaman sejak 2006. Buku bagus ini, ditulis dengan bahasa yang mudah difahami. Insya-Allah, sebab ia ditulis untuk kita. Kata penulisnya, "Sebab beli rumah bukan macam beli kasut. Kita keluarkan banyak ribu ringgit, dan semestinya kita tak mahu ia lebur. Sebelum ia lebur kerana tersilap pilih, kita keluarkan dahulu belanja tidak sampai RM35 untuk dapatkan ilmu membeli rumah." Bagi mendapatkannya, klik di sini : bit.ly/RumahKababoom
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape