Oct 14, 2015

October 15, 2015 at 10:14AM

agi memenuhi keperluan bahan bacaan kanak-kanak dalam pasaran tempatan, ‘putik’ baharu arena penulisan, Ida Zuriani Ismail, 44, tampil dengan dua naskhah siri buku cerita ilustrasi, Bergurau Pun Tak Boleh dan Saya Nak Gajah. Memilih genre buku kanak-kanak sebagai identiti penulisan, anak jati kelahiran Selangor itu mahu memperkayakan bahan bacaan menarik buat kanak-kanak tempatan. Memulakan karier penulisan setelah kembali ke tanah air lima tahun lalu, Ida Zuriani melakar setiap kisah di dalam buku ceritanya berdasarkan pengalaman hidup semasa zaman kecil dan pemerhatiannya terhadap gelagat kanak-kanak semasa merantau ke negara asing. “Saya memilih buku kanak-kanak kerana mereka adalah golongan yang perlu dipupuk bagi membudayakan semula minat membaca. “Idea untuk menulis juga tercetus semasa saya menetap di Australia. Di negara tersebut, perpustakaan membenarkan kanak-kanak meminjam 15 buah buku sekali gus dan pilihan bahan bacaan juga amat banyak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Tambahnya, tempoh masa untuk menyiapkan kesemua buku garapannya mengambil masa selama tiga tahun dan sebelum ini buku tersebut telah pun diterbitkan dalam bentuk digital oleh Perbadanan Kota Buku. Setelah itu, melalui kerjasama dengan Legacy Publising PLT, buku-buku tersebut akhirnya diterbitkan dalam bentuk naskhah. ***** Dapatkan naskhah Gurau Pun Tak Boleh untuk anak-anak puan di sini : bit.ly/GurauPTB
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape