Oct 15, 2015

October 16, 2015 at 09:03AM

Semalam, Tuan Zamri Mohamad menjawab pertanyaan di emel. Soalannya, Mengenai hal penerbitan buku menggunakan perkongsian yang ditulis di FB... Apa yang perlu dipertimbangkan apabila mahu menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat penerbitan serta hal lain yang berkaitan. ..... Ini respon beliau, Saya gembira kerana penulisan dari Facebook menjadi buku sudah menjadi amalan kerja yang menjadi pilihan para penerbit. Saya juga gembira melihat kualiti bahan penulisan Puan juga menjadikan para penerbit mahu 'masuk meminang'. Berkenaan soalan Puan, TIGA perkara dapat kita lakukan apabila mendapat tawaran daripada penerbit. [1] Masa Lihat tempoh kontrak sama ada ia relevan atau tidak. Sesetengah penulis tidak peduli jika tempoh kontraknya lama. Amalan penerbitan lama, ada yang memegang hak penerbitan lebih sepuluh tahun. Ada juga penerbit yang memegang hak penerbitan tiga tahun dan kurang. Setiap nombor ada justifikasinya. Maka lihat apakah relevan di sebalik tempoh panjang dan singkat itu. Meskipun kita selesa dan suka dengan orang yang bercakap-cakap sekarang di rumah penerbit, hidup dan matinya tidak dapat kita tentukan. Jika beliau meninggal dunia, urusan kita dengan penerbit kembali pada apa yang ditandatangani. Maka pertimbangkan hal ini. Mesti ada klausa yang memberi pintu keluar kepada penerbit dan penulis secara bersama. Puan ada hak melihat, membaca, membuat pertimbangan kontrak yang diberikan oleh penerbit. Ambil masa. [2] Serah Jenis hak eksklusif yang diserahkan Lihat senarai hak yang diberikan kepada penerbit untuk diuruskan. Ada lebih 24 jenis harta intelek dapat dibangunkan daripada satu judul buku. Jumlah ini sedang bertambah dalam perekonomian baru. Boleh bernegosiasi jika ada beberapa jenis hak yang dapat dikeluarkan dari terma. [3] Tanya Lihat perkembangan penulis di bawah rumah penerbit tersebut. Lihat kepada rekod penulis-penulis di bawahnya dan di bawah genre yang sama. Lain genre lain padangnya, lain perkembanganya. Majoriti menggunakan nama di Facebook yang serupa seperti pada kulit buku. Bertanyalah kepada mereka secara peribadi tentang tahap puas hati mereka bekerjasama di bawah rumah penerbitan terbabit. Perkara yang dapat ditanyakan ialah cara pengurusan manuskrip dan kerja-kerja pemasaran dan promosi penerbit serta disiplin pembayaran royalti. Dari perspektif penerbit, mereka memerlukan kerjasama penulis dalam usaha mempromosi. Penerbit berdasarkan kapasiti dan kos pemasaran yang sudah dimasukkan dalam setiap judul juga mendorong mereka melakukan hal yang sama. Dalam situasi penerbit yang banyak judul diterbitkan dan banyak judul terdahulu yang dicetak semula, risiko pemasaran 'sekali lalu' tetap akan berlaku. Iaitu hebahan sahaja tanpa rancangan pemasaran berfokus ke atas buku tersebut. Saya berikan tiga yang pertama ini dahulu. Hal lain, sama-sama kita pelajari di bit.ly/MasterUmum
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape