Oct 19, 2015

October 19, 2015 at 03:36PM

Cerita 2012 Rupanya, saya pernah ada pengalaman menternak biri-biri. ********* Sungging senyum sendiri-sendiri | Kisah hari ini tidak bermula dengan senyuman. Sejak semalam, ada seekor kambing yang sakit dan semalaman tidur saya terganggu kerana merasakan ia akan 'pergi' pagi ini. Memang benar, pagi tadi abang kata ia kelihatan sudah mati. Adik bertungkus-lumus menyediakan papan dan membersihkan kandang si mati itu. Usai menanam bangkai, kami teruskan kerja-kerja memberi makan dan menjaga kambing-kambing lain. Sedang saya berehat dan memerhati kambing-kambing makan, saya nampak si kecil putih yang saya namakan Jaja (sesuka hati beri nama lagi, hahaha) terkial-kial meragut. Ternyata, ia belum pandai makan sendiri! Rasa saya, ibunya adalah yang baru kami tanam itu! Oh T___T Adik bergigih menyediakan susu bancuh lalu saya suapkan ia. Kasihan juga, apabila lama-lama ia seperti mahu berlindung dekat-dekat badan saya. Aduh, jadi mak angkat sudah! Menjelang petang, ayahanda siapkan air beras buat si anak kambing dan sewaktu proses menghalau kambing masuk kandang, saya suapkan si kecil itu lagi. Ia lebih manja berbanding pagi! Hahaha, Makmah sudah jadi Mama Jaja! Bertabahlah! ^^_
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape