Oct 21, 2015

October 21, 2015 at 08:31PM

Kenapa kita selalu rasa drama Korea menarik? * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Macam-macam komen positif diberi setiap kali menonton drama bersiri mereka. Pace cerita laju, watak power, konflik menekan perasaan, cinta hero dan heroin menuntun perasaan dan macam-macam lagi. Pastinya, semua itu membuat degup jantung kita laju luar biasa. Apa rahsia dalam pembikinan drama mereka? Yang kita tahu, salah satu kunci penting adalah skripnya. * * * * * Kursuspenulisan.com membawakan trainer penulisan yang tidak asing lagi, Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Beliau mengkaji drama-drama Korea untuk dijadikan panduan penulisan novel. Kata beliau; Pada musim luruh tahun 2013, saya mengembara ke Pulau Jeju, Korea Selatan. Antara lokasi yang dikunjungi ialah Seopjikoji Coast, yang juga menempatkan sebuah rumah tempat rakaman drama All In. Sejujurnya, saya tidak pernah tonton drama All In. Saya pun baru-baru saja kembali menonton K-Drama selepas bertahun-tahun meninggalkannya. Tetapi disebabkan rumah itu sudah ada di situ, maka saya pun masuk. Sehingga tiba di seksyen dalam foto ini, saya ternampak di dinding sebelah kiri saya, CHARACTERS MAP. Saya teringat, beberapa hari sebelum pergi ke Korea, saya menonton drama yang sedang hangat pada waktu itu, The Heirs. Saya ada terjumpa characters map The Heirs sewaktu sedang meng-Google tentangnya. Jadi, saya berfikir, 'INI RAHSIAnya... bagaimana penulis skrip K-Drama mampu mencipta plot dan konflik yang menarik penonton melekat setiap kali drama ditayangkan.' Dan... drama-drama ini mampu menembusi pasaran antarabangsa. Tak tercapai akal saya, penonton di Amerika Selatan boleh tergila-gilakan drama-drama dari sebuah negara Asia! Bersama sahabat penulis Izanor Sharif yang juga pembekal maklumat tentang industri K-Drama kepada saya, kami sering berbincang tentang drama-drama terkini yang disiarkan. Beliau yang banyak memilihkan judul berkualiti untuk saya tonton. Perbincangan kami bukan seperti penonton biasa. Kami menggali sehingga ke dasar. Meneliti karakter setiap watak, menganalisis story-arc, mengumpul patah-patah dialog yang disusun hebat. Pendek kata, setiap kali kami berjumpa, keunikan K-Drama akan jadi topik utama kami. Tanpa gagal. Sehinggalah siap modul lengkap Formula Drama Korea 1.0 yang buat pertama kalinya saya bentangkan dalam sebuah bengkel penulisan novel pada awal 2014 kepada lebih 50 peserta. Dengan model 7W1H, saya kembangkan lagi modul ini menjadi Formula Drama Korea 2.0. Saya sememangnya sangat mahu cungkil formula penceritaan dalam K-Drama dan aplikasikan dalam penulisan novel MELAYU khususnya yang sejak akhir-akhir ini kelihatan amat tandus ideanya. 7W1H, Characters Map, Story-Arc..., dan banyak lagi yang saya temui dalam K-Drama, mampu membantu penulis menghasilkan karya-karya segar dan mengatasi writer's block. Pedulikan mereka yang menilai tanpa pengetahuan. Kami sudah menonton lebih 20 judul K-Drama terpilih yang jumlah episodnya beratus-ratus. Dengan keyakinan itu, maka saya persembahkan formula eksklusif ini. Jadi, apakah saya sudah melupakan Teknik Surah Yusuf? Tidak. Tidak akan sama sekali. Percaya ataupun tidak, ciri-ciri penceritaan K-Drama banyak yang menyamai Teknik Surah Yusuf. Antaranya yang jelas ialah persamaan tema, konflik, dan unsur-unsur surealistik. Saya mahu, novel Melayu punya standard antarabangsa. Kalau karya Korea Selatan mampu pergi sejauh itu, tidak ada sebab untuk karya Melayu tidak berupaya. Master Class Penulisan Novel Model Drama Korea 21 & 22 November 2015 Kuala Lumpur Maklumat lengkap dan pendaftaran di: http://bit.ly/MasterKorea http://bit.ly/MasterKorea http://bit.ly/MasterKorea "Dalam zaman ini, hanya mereka yang berbeza mampu ke depan." - Azzah AR, 2015.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape