Oct 22, 2015

October 22, 2015 at 10:46PM

Sebenarnya.... Sebenarnya, ibu saya juga seorang guru. Guru Kanan Bahasa di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sebelum jadi askar, ayah saya juga seorang guru. Ayah ajar Matematik. Hakikatnya, saya menghormati guru-guru saya. Mereka ajar saya macam-macam. Dengan penuh bersemangat. Sebelum kenal matrikulasi dan universiti. Kawan-kawan saya pun, ramai yang jadi guru. Sebab mereka cintakan anak bangsa. Sebab mereka mahu menyebar ilmu. Saya juga, sedang belajar menjadi guru cerpen. Sungguh, melampau ucapan itu. Nota : Tengok bawah, tetap nampak kaki sendiri. Pandang depan, bermacam perkara yang memberi ingat menanti. Toleh belakang, kisah silam yang penuh iktibar tetap di situ. Pandang atas, kita dihidangkan banyak bukti kebesaran Tuhan.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape