Oct 23, 2015

October 23, 2015 at 05:07PM

BAGAIMANA K-DRAMA MENJADIKAN PENONTON BERPENGETAHUAN? Ini perkara yang saya tidak berhenti fikirkan setiap kali menonton. Setiap K-Drama mempunyai latar dalam bidang industri tertentu. Jadi, walaupun plot utamanya mungkin cinta, jenayah, ataupun seram, latar industri yang dipaparkan menjadikan cerita bertambah-tambah menarik. Produksi K-Drama tidak mendidik penonton sekadar melepaskan batok di tangga. Tidak hanya menyebut istilah-istilah teknikal dalam dialog dengan bergaya. Mereka menyelitkan definisi / maksud / huraian kepada istilah teknikal itu dalam bentuk sarikata. Tanpa mengganggu dialog. Ya, tanpa perlukan dialog yang panjang-panjang untuk menerangkannya sehingga jadi seperti ceramah kesedaran. Lihat contoh drama Misaeng (syarikat trading), Yong Pal dan Emergency Couple (perubatan), dan Producer (penerbitan rancangan TV), dll. Menontonnya, jadi kenyang dek info-info baru. Sebagai penulis, apa yang boleh kita lakukan untuk membekalkan ilmu dan maklumat kepada pembaca tanpa mengganggu cerita, dan tanpa berleter dalam dialog mahupun naratif? ===== Masterclass Bengkel Penulisan Novel Model Drama Korea 21 & 22 November 2015 http://bit.ly/MasterKorea http://bit.ly/MasterKorea http://bit.ly/MasterKorea Mendaftar sekarang untuk harga Early Bird.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape