Oct 25, 2015

October 25, 2015 at 04:26PM

Empat tahun ************ Hari ini, genap empat tahun emak pergi. Seperti selalu, pada tarikh ini Tuhan sibukkan kami adik-beradik dengan macam-macam urusan. Lalu, kami terlupa mahu bersedih walaupun hakikatnya hati amat teringat-ingat. Amat. Sungguh, Tuhan selalu kasih. Dan Dia memberi perhatian itu dengan cara yang terbaik. Cara yang tanpa sedar, kami belajar sesuatu setiap kali. Dengan penuh rasa syukur. Alhamdulillah. Mak, semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Tuhan. Mak, semoga Allah sentiasa muliakan mak. Mak, semoga kita bertemu semula di syurga. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape