Oct 27, 2015

October 27, 2015 at 05:35PM

Konvokesyen sarjana ******************* Saya tiada gambar untuk dikongsikan. Sebab, saya tak pergi majlis konvokesyen tahun ini. Seawal menerima surat undangan, saya sudah putuskan. Saya tak mahu pergi. Sudahpun mengalami keseronokan itu lima tahun lalu, dalam majlis konvokesyen ijazah. Bukan tak mahu mengganjar diri. Ia tidak terganjar. Bukan tidak mahu bergembira menyarung jubah pada saat berharga dan bertemu kawan-kawan. Saya sudahpun terlalu gembira pada ketika ini. Terima kasih semua yang menyokong, KHUSUSNYA ahli keluarga, rakan-rakan makmal, rakan seperjuangan. Moga Allah selalu mudahkan urusan kalian. Amin. Hanya mahu beritahu, saya masukkan kisah suka-duka di makmal dalam manuskrip Wanita & Rezeki. Insya-Allah, ini cara saya mengganjar diri untuk perjuangan yang ini. Alhamdulillah. Moga semangat mahu belajar terus menyala dalam diri, sampai saat Tuhan ambil nyawa. Amin. Nota : Malam ni kita makan mi goreng!
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape