Nov 6, 2015

November 06, 2015 at 05:45PM

Cerita tahun lepas. Projek 77 Tip. Ia 'working title' untuk Aku Terima Cintanya. Setiap penulis, ada cara sendiri. Saya tulis dahulu sampai siap. Selepas itu, baru edit semuanya tanpa ada kerisauan ada karya yang belum siap. Tetapi, kalau ada ruang masa yang banyak sebelum tarikh akhir saya akan buat selang-seli. Masa berehat daripada menulis, saya edit karya yang dah siap. Nota : Pada waktu ini, sedang mengulang proses yang sama dengan Projek Cerpen Jodoh Berdua. Moga ia selesai dalam tempoh yang dijadualkan, Insya-Allah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape