Nov 29, 2015

November 30, 2015 at 08:46AM

Bismillah. Assalamualaikum. Saya Rahmah Mokhtar. Saya seorang penulis dan ketika ini saya memilih menulis cerpen. Apa khabar hari ini? Ada yang perlukan berita baik? Semoga khabar ini, salah satu daripada berita yang menggembirakan hari tuan dan cikpuan. Berita apa? Ya, jualan ebook Teknik Menulis Cerpen: Langkah Demi Langkah Menulis Cerpen dengan Cepat & Fokus Sehingga Diterbitkan akan dibuka hari ini! Ramai yang bertanya pasal teknik yang saya gunakan bagi menulis cerpen. Maka, saya kumpulkan semua pertanyaan itu dan menjawabnya satu per satu di status FB atau blog. Selain itu, pengalaman menguruskan karya sejumlah penulis baru juga menggalakkan saya menulis ebook ini. Buat yang bertanya, sebenarnya ebook ini sesuai untuk siapa? Ia ditulis untuk anda yang.... - Suka menulis cerpen tetapi selalu tidak habis ditulis - Suka menulis cerpen, tetapi selalu tertanya “Boleh buat duit ke tulis cerpen?” - Berbakat dalam penulisan tetapi tidak tahu mahu bermula dengan tulis cerpen ke novel? - Minat membaca cerpen, tetapi tidak tahu cara bagaimana mahu bermula menulis cerpen? - Lansung tidak tahu apa itu cerpen? Oh, saya tak kata hanya ada satu berita gembira. Khabar gembira kedua, ada diskaun istimewa buat pembeli awal! Bagaimana mahu mendapatkannya? Saya kongsikan, kurang dua jam dari sekarang.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape