Dec 3, 2015

December 03, 2015 at 06:56PM

Indeed. Saya ambil masa lima tahun setengah untuk selesaikan pengajian Sarjana, sampai ramai yang sangka saya sudah sambung PhD. Setiap kali soalan itu datang, saya akan ketawa dengan hati yang pedih. Sebetulnya, saya pernah bertekad mahu berhenti selepas emak 'pergi'. Sungguh, semangat saya melayang. Tiga minggu selepas emak dikebumi, saya kuatkan hati naik Komuter untuk ke UKM. Tetapi, sepanjang perjalanan dari Sg Buloh ke stesen UKM saya gagal mengempang air mata. Tiada kekuatan. Waktu itu, saya hanya berada di Bangi untuk berjumpa sahabat yang beri kata-kata semangat dan selepas itu bertolak pulang. Dalam perjalanan balik, saya kuatkan hati supaya mampu menahan airmata supaya tidak mengalir di hadapan ayah. Dua tahun, saya hilang hala tuju. Dua tahun saya cari diri semula. Waktu itu saya diam dan pendam sahaja apabila orang tanya soalan-soalan berbaur, "Bila nak habis belajar? Bila nak sambung lagi? Bila nak hantar tesis?" Tahan air mata dan hanya menangis di sudut-sudut yang orang lain tak nampak. Alhamdulillah, adik-beradik dan rakan tidak berhenti memberi sokongan. Teramat lega apabila pada pertengahan 2013 saya bergagah menyudahkan kajian dan mula menyambung semula penulisan tesis, sampai siap. Alhamdulillah. Kejayaan, ia datang selepas kepayahan yang banyak. Ia tidak muncul tanpa ada usaha yang mengiringi. Ia datang, dengan izin Tuhan yang Maha Memiliki. Alhamdulillah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape