Dec 2, 2015

December 03, 2015 at 09:37AM

Menyediakan Outline Sebelum Bermula ************************ Ada masa, cerpen yang kita tulis mudah benar sampai ke noktah akhir. Duduk dua jam dan menaip, sudah penuh enam halaman A4. Tetapi, ada ketika kita hanya pandang sahaja skrin itu dan terkebil-kebil. Mengapa ia berlaku? Bagaimana mahu atasi masalah dan situasi 'nasib-nasib sahaja dapat tulis sampai siap' atau 'nasib-nasib sahaja dapat terbit'? Salah satu caranya adalah tidak berhenti berusaha dan terus menulis dengan ilmu. Dalam menulis cerpen, perkara yang penting untuk difikirkan adalah perancangan. Sebelum boleh menulis dengan laju, penulis merancang dahulu jalan ceritanya, baik dalam kertas mahupun dalam kepala. Ada lima hal asas dalam merancang outline cerpen; pendedahan, perkembangan konflik, klimaks, peleraian dan penyelesaian. [1] Pendedahan - Dedahkan watak dan masalahnya kepada pembaca [2] Perkembangan konflik - Masalah watak dikembangkan dan watak didesak dengan konflik berkaitan sehingga dia buntu [3] Klimaks - Watak memutuskan mahu berubah [4] Peleraian - Watak mula mencari jalan keluar [5] Penyelesaian - Masalah watak diselesaikan Merancang cerita dalam keadaan penulis nampak lima hal ini berbeza dengan situasi menulis hanya nampak intro dan akhir cerita. Kita akan lebih tahu apa yang mahu diisi di tengah-tengah kisah, sebelum mengetik noktah akhir dan menulis perkataan TAMAT. Tahu lebih lanjut pasal cerpen di tuliscerpen101.com
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape