Dec 3, 2015

December 04, 2015 at 09:55AM

Friend or Follow? ****************** Bismillah. Salam perkenalan buat semua rakan baru. Saya Rahmah Mokhtar, saya penulis. Juga ada bisnes sendiri, aksesori Swarovski sulam, handmade. Saya mahu minta maaf kepada yang mohon menjadi sahabat FB. Sebab saya tak approve semua, lebih-lebih lagi jika nama profil bukan nama sendiri, atau gambar profil tidak gunakan muka sendiri. Kebanyakan post saya, statusnya public. Jadi, boleh dibaca sekiranya awak klik butang follow itu walaupun kita bukan kawan FB. Saya bukannya mengada-ada, bajet diva jauh sekali. Hanya berhati-hati sebab pernah jadi. Juga, mahu ada lebih ramai kawan berkualiti. Kalau tak, jenuh nak buat operasi pembersihan nanti. Harap tak salah faham. Jika ada keperluan, kirim mesej dan insya-Allah saya balas. Saya selalu semak kotak inbox. Yang request pun saya baca. Hanya balas cepat atau lambat sahaja. Mesej yang berbaur aneh, saya akan jeling dan pandang sepi. Terima kasih, MakMah Penulis yang sedang meningkat naik. ^^
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape