Dec 6, 2015

December 07, 2015 at 08:53AM

Sejak Isnin lepas, saya menyibukkan diri dengan manuskrip. . Masih berbaki belasan cerpen yang perlu disudahkan, kali ini saya memilih mahu jalan terus dan siapkan semua sebelum editor bertanya. Moga Allah izinkan. . Mengabaikan segala jenis typo, kesilapan tanda baca, dan macam-macam hal yang melibatkan kerja mengedit, Alhamdulillah berhasil menukang dua setengah cerpen dalam masa 3 hari. . Sedikit teruji apabila laptop tidak mahu menyala. Mujur fail pentig disimpan dalam Dropbox. Hari ini, pinjam laptop adinda untuk menulis. . Terus positif. Lepas tulis semua baru edit. Nota: Bersangka baik dengan Allah. Kasih Tuhan tak bertepi, sentiasa ada buat kita. Sebab Dia ar-Rahman. Juga, Dia ar-Rahim.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape