Dec 21, 2015

December 22, 2015 at 11:30AM

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Pagi tadi saya baca ebook percuma Tumor oleh John Grisham yang dikongsikan Puan Tirana Mutiara sebelum ini. Kisah yang sungguh menyentuh, saya menangis semasa membacanya. Semasa membaca kisah itu, terdetik mahu menulis kisah masyarakat berkaitan hal dan urusan di hospital. Juga, mahu mencari sahabat yang sudi berkongsi ilmu perubatan, untuk hal-hal yang saya tidak dapat faham hanya melalui pembacaan. Tahu-tahu, dapat mesej daripada seorang penulis hebat. Menyatakan kesudian menjadi tempat rujukan dan mahu berkongsi pengalaman mengenai kisah-kisah di hospital. Allahu akbar. Alhamdulillah. Hebatnya Tuhan. Nota : Feeling memeluk pelangi.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape