Dec 22, 2015

December 23, 2015 at 10:27AM

Sedang terkehadapan *********************** Selepas Ebook Teknik Menulis Cerpen: Langkah demi Langkah Menulis Cerpen Sehingga Diterbitkan siap ditulis, saya menghubungi mentor pertama saya dalam bidang penulisan fiksyen, Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Mendapatkan pendapat dan komen positif beliau untuk ebook ini. Apabila membaca testimoni yang dikirim lewat emel, saya berdebar amat. Masakan tidak, beliau beri gelaran yang berat untuk ditanggung. Tetapi, ini masa untuk jalan terus. Lalu, saya buktikan kepada diri sendiri dengan menulis dan menghantar cerpen Pangkat ke majalah. Alhamdulillah, saya dapat hasil yang positif. Doa saya, semoga isi ebook ini membantu kawan-kawan yang asyik berhadapan isu menulis cerpen yang tidak siap-siap. Kata Puan Nisah Haron, "Sebuah cerpen yang tidak bagus tetapi siap itu jauh lebih baik daripada cerpen yang kononnya bagus tetapi tidak siap-siap!" Mari selongkar isi ebook ini di tuliscerpen101.com Nota: Saja nak beritahu, ebook Set Penggalak Mujarab untuk Penulis sudah disiapkan bulan lepas. Sedang fikir nak letak harga banyak mana. Ada cadangan?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape