Dec 29, 2015

December 30, 2015 at 08:01AM

Belajar daripada kesilapan *********************** Sebelum tidur semalam, saya belajar beberapa perkataan dalam bahasa Turki. Iç Bir elma Su Ekmek Asyik salah faham maksud iç. Tapi sebab selalu salah, paling ingat maksudnya minum. Macam itulah hidup kita. Kita akan ingat kesilapan yang pernah dilakukan. Kita beritahu diri, berhati-hati supaya tak ulang kesalahan yang sama sekali lagi. "Pisang tak berbuah dua kali." Orang tua selalu pesan begini. Ustaz pula kata, "Orang beriman tak akan jatuh dalam lubang sama untuk kali kedua." Bangun, dan bersedia bermula lagi. Malam ini mahu belajar lagi, insya-Allah. Nota: Oh terlupa. Saya belajar guna apps Duolingo. Dapat emel semalam. Terus install, sebab memang tengah rasa nak belajar bahasa lain pula.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape