"Hidup mesti diteruskan," itu petikan ucapan PM dalam pembentangan bajet tadi. Jadi, aku teruskan hidup macam biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku petang tadi. Tengok bola dengan abang, sambil mengerongsang penuh semangat kesukanan. Kedah menentang Kelantan. Sebelum sepak mula tadi, aku tengok kapten pasukan Kedah nampak kacak dengan rambutnya itu, aku pilih mahu menyokong Kedah. Tapi, apabila mereka sudah berlari berpuluh-puluh pusingan di atas padang rambut yang nampak hebat tadi sudah terlihat berserabut pula. Takpe, aku mahu sokong Kedah juga. Teruskan hidup!
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment