Oct 11, 2014

October 11, 2014 at 10:27PM

Sebenarnya, sudah dua hari saya tidak menulis dan mengemaskini manuskrip #Projek77Tip. Semuanya disebabkan ada tempahan kerongsang yan perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah, malam ini dapat berehat sebentar meregangkan badan yang sudah letih kerana duduk terlalu lama. Tiga tray kerongsang yang bernilai empat angka sedia diambil pelanggan! Insya-Allah, ia akan dibawa ke sebuah butik di Ipoh (Saya belum tahu lokasinya, sudah tahu nanti saya roger). Ini antara impian kecil saya, melihat produk Storyah berada di dalam butik, tersusun di sudut istimewa dan khas. Alhamdulillah, ia sedang tercapai, satu per satu. Cabaran selepas ini, menyulam kerongsang berbentuk kepala katak yang ditempah khas untuk aktiviti story telling! La hawla wala quwwata illa billah. Robbi yassir wala tu'assir. Amin.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape