Sekolah sebelah pagar rumah. #6 Senyap Hari ini sekolah di sebelah rumah senyap sahaja. Tiada suara guru yang bernada tinggi. Bunyi loceng pertukaran mata pelajaran pun sayup-sayup sahaja. Tiada juga hiruk-pikuk kenderaan ibu bapa seperti minggu sudah. Semuanya beransur tenang menandakan masing-masing sudah biasa dengan rutin baru. Suasana aman dan harmoni ini mengingatkan saya kepada musim peperiksaan. Selalunya, apabila menjelang peperiksaan, suasana dalam kelas berubah 360 darjah. i. Semua orang menjadi pelajar baik yang paling rajin dalam dunia. ii. Tiba-tiba, tiada pelajar yang sibuk mahu membuat bising. iii. Semua orang akan duduk baik-baik dan buka buku sendiri. Tetapi, biasanya saya akan sibuk berganda pada waktu begini. Berjalan dari meja ke meja, bertanya apa yang rakan-rakan sedang baca dan belajar. Mahu tahu rahsianya? Heh, apabila kawan-kawan terangkan, saya akan lebih mudah faham. Sebabnya, mereka gunakan bahasa pada level pemahaman saya. Ringkas dan mudah. Semasa Tingkatan 4, seorang rakan yang sering menjadi pesaing hebat saya bagi merebut tempat no. 1 dalam keseluruhan tingkatan selalu marah saya apabila dapat keputusan. Dia selalu kata, "Kau asyik main, tapi kenapa markah kau selalu tinggi? Aku bunuh kau nanti." Ya, dia cekik saya setiap kali mengucapkan dialog itu. Saya hanya ketawa setiap kali. Oh, rakan saya yang hebat ini sudah berjaya mencapai cita-citanya menjadi doktor. ^_^ #ceritasekolah
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment