Jan 19, 2015

January 19, 2015 at 04:10PM

Situasi. Pelanggan-pelanggan yang menghubungi StorYah semakin tidak kisah mengeluarkan duit daripada poket mereka bagi membeli produk-produk kami. Walaupun saya sudah maklumkan, "Puan, harga dalam gambar adalah harga tahun lalu. Tahun ini harganya sudah naik." Kemudian, saya beri harga baru dan bertanya sama ada mereka masih mahu produk itu. Setakat ini, semuanya hanya akan balas, "Ok." Kemudian, saya beritahu mereka dengan JELAS perkara-perkara ini: 1. Produk kami bukan produk siap. 2. Operasi kami, 'made to order'. 3. Tempahan hanya akan siap dalam tempoh 2 minggu selepas ditempah. 4. Bayaran boleh dibuat bila-bila masa dalam tempoh 2 minggu ini, atau selepas produk siap. Kemudian, saya beri bil untuk makluman dan rekod kedua-dua pihak. Selalunya, pelanggan kami akan balas, "Okey." "Noted." "Baik, terima kasih puan." TETAPI.... Selepas beberapa minit, saya akan terima notifikasi (emel, SMS, atau whatsapp). Semuanya resit bayaran. "Nikmat Tuhan yang mana lagi mahu kamu dustakan?" Apapun, sekarang kami stress. Banyak tempahan! Esok sales Kerongsang Ixora Cantum dan Khamis ini hari gaji. Hari ini, telefon saya tidak berhenti-henti bergetar. #hanyadistoryah

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape