Sekolah sebelah pagar rumah. #7 Cikgu Praktikal Perkara paling sinonim untuk sekolah adalah guru. Perkara paling menarik dibualkan bekas pelajar juga adalah guru, selain gosip pelajar paling hensem / cantik, budak paling nerd dan gangster paling kool di sekolah. Aku tidak mahu ketinggalan, juga tidak suka ditinggalkan. Sebab itu, hari ini aku pilih mahu tulis pasal cikgu. Lebih spesifik, cikgu praktikal masa aku darjah 5. Nama cikgu lagenda ini ialah Cikgu Helmi. Guru praktikal yang masuk dan mengajar kami matapelajaran Bahasa Melayu. Dia guru yang gigih menurunkan ilmu kepada kami yang sedang nakal, (selain kacak). Sebab dia gigih menghabiskan masa dengan kami, dia menjadi guru kesayangan kelas kami pada tahun yang bersinar-sinar itu. Mungkin, aku suka Bahasa Melayu dan menjadi penulis sebab dorongan dia (ni propa. Aku suka menulis sebab mak aku cikgu BM dan dia suka belikan buku). Dia suka bercerita. Sebab itu kami suka belajar. Bila bertemu, mesti akan ada perpisahan. Hari terakhir Cikgu Helmi di sekolah, kelas kami banjir dengan tangisan. Semua menangis, sedih melampau-lampau apabila guru yang baik dan tekun mahu pergi. Pelajar lelaki yang paling banyak menangis untuk dia. Nampak, orang lelaki juga ada sisi lembut apabila kena sentuhan yang betul. Seperti tahu kemungkinan besar kami tidak akan bertemu lagi, Cikgu Helmi yang hebat memberi kami hadiah setiap seorang. Memang epik! Sekeping gambar dan sekeping syiling 50 sen berserta pesanan supaya kami menjadi orang berguna kepada bangsa dan negara. Aku simpan gambar dia dalam album, sampai sekarang. Memang lagenda! Lepas itu, aku tak pernah suka cikgu praktikal sebab tahu mereka akan pergi. #ceritasekolah
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment