Jun 22, 2009

#14

Sudah agak lewat, Tuan Kamal perlu berehat. Kesan ubatnya mungkin sudah berkurangan kerana dia tidak berehat setelah mengambil ubatnya tadi. Katanya, ingin melayan tetamu. Sudah lama mereka tidak berkumpul dan berbual panjang. Aku hanya mampu membiarkan sambil memerhati keadaannya. Abang Akram dan Adrian juga memberi isyarat kepadaku di meja tadi. Biarkan sahaja. Sudah lama dia tidak gembira seperti itu.

Setelah memastikan Tuan Kamal masuk tidur, aku berhajat untuk kembali ke bilik. Penat. Sudah agak mengantuk. Tetapi, aku melangkah ke dapur. Membantu Kak Ana membasuh dan mengemas. Mak Limah juga masih di dapur. kami bertiga kemudiannya mengemas bersama. Menyudahkan kerja yang masih tinggal sambil-sambil berbual kosong.

“Makin cantik aku tengok budak Aina tu. Budak Shah tu pun. Makin hensem aku tengok. Makin dewasa. Budak dua orang tu ada apa-apa ke Ana? Kalau ada, bila nak langsungnya? Dah lama sangat dorang tu berkawan.” Cantik. Topik menarik telah dibuka oleh Mak Limah tanpa perlu aku bertanya.

“Eh! Sejak bila Akak bergosip-gosip ni? Saya tak tahu-menahu tentang hal ni. tak pernah pula saya dengar budak-budak tu keluar sama. Kalau setakat urusan kerja tu adalah.” Jawapan Kak Ana yang langsung tidak membantu.

“Kenapa aku beria nak tahu hal mereka? Rasanya tak perlu. Apa kena la dengan aku malam ni? Ada wayar putus ke? Atau ada fius yang terbakar?”

“Rasanya Akak Limah lagi suka kalau dapat tengok si Aina tu berkawan dengan Akram. Sama tinggi, sama padan. Shah tu rendah. Kesian tengok dia kalau berjalan dengan Aina. Macam adik je aku tengok.”

“Yelah Akak. Saya pun suka. Macam pinang dibelah dua kalau padankan budak berdua tu. Tapi kita ni tengok je la. Setakat berhajat dalam hati. Kita bukan siapa-siapa pun nak campur hal dorang.”

“Betul cakap kau Ana. Tapi aku seronok kerja dengan Tuan Kamal ni. Anak-anak dia sopan. Pandai hormat orang tua. Tak buat banyak masalah. Takdelah sampai timbulkan perangai yang boleh susahkan hati orang tua tu. Tuan Kamal pun, tak cerewet sangat. Ada si budak Nisa ni jaga dia, tak la berat sangat kerja Akak ni. Terima kasihla Nisa. Kamu sudi nak buat kerja macam ni, walau ada pelajaran tinggi. Tak ramai anak muda sekarang sanggup buat kerja-kerja macam ni. Walaupun lagi tinggi dari jawatan kami, orang akan tetap anggap kamu macam orang gaji.”

“Takde apa-apa lah Kak Ana, Mak Limah. Biasa-biasa je. Anggaplah rezeki saya di sini. Kerja mana-mana pun serupa je. Tak ada yang beza. Semangat dan minat kita tu je yang penting. Yang lagi utama. Kerja besar macam mana pun, kalau malas usaha. Tak ke mana juga.”

“Betul jugak. Sudahlah kamu. Pergi masuk tidur. Nanti esok nak bangun awal, jaga Tuan Kamal. Ni bukan kerja kamu nak tolong-tolong.”

Aku senyum. Kemudian beransur ke bilik. Usai basuh muka dan solat Isya’, aku segera menuju ke katil. Sebaik meletakkan kepala di atas bantal, aku terus terlena. Tidak sempat bermimpi yang indah-indah, kerana aku keletihan.

Terjaga. Sudah Subuh. Aku segera bangun. Mengucap basmalah, memutuskan rantaian syaitan yang menyukarkan umat Islam untuk menunaikan solat Subuh. Menyulitkan insan untuk memulakan hari dengan keberkatan. Sesudah mandi dan menunaikan kewajipan, aku berehat seketika. Terdengar bunyi telefon bimbit Motorola L7 kepunyaanku. Segera aku respon. Sudah terlalu lama rasanya tidak mendengar bunyi panggilan atau mesej masuk. Mesej yang sangat ringkas, dari nombor yang tidak dikenali. Sangat ringkas.

Assalamu’alaikum. Menarik untuk dibalas. Permulaan yang baik. Jujur. Tampak ikhlas. Tanganku laju menulis balasan mesej tersebut.

Wa’alaikum salam. Ini siapa ya? Kita kenal?

Balasan yang diterima agak mengejutkan. Terkesima aku sebentar.

Saya kurang pasti awak kenal saya atau tak, tapi saya kenal awak. Awak Nur Khairunnisa binti Ahmad. Dulu awak pelajar JKKP, di UKM. Saya senior awak, di fakulti yang sama. Tapi saya pelajar JKEES. Saya nak berkawan dengan awak, boleh?

“Wah! Sungguh tepat tekaan mamat ni. Eh, mamat ke? Dia tak cakap pun jantina dia lagi. Entah-entah perempuan, sejantina dengan aku.

Owh, ok. Tq sebab kenal saya. Tapi, boleh tak awak kenalkan diri? Tak selesa saya nak berkawan kalau tak kenal. Sekurang-kurangnya saya nak tau nama.

Hmm.. Ok. Nama saya Shahrul Azhar. You can call me Azhar for short. It’s easier and comfortable. I am 27 this year. Working as an ordinary staff in a company, somewhere in Selangor. Is it enough my lady?

Orait. Enough info. Friends then. As you already knew about me, I don’t have to tell you more, rite?
Btw. Where did you get my number?

Your number? Got it a long time ago. It’s just today I saw u somewhere. It reminds me to give you a message.

**JKKP –Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses

**JKEES – Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elektronik

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape