Jun 26, 2009

#28

EPISOD 28

Keesokan harinya, aku masih lagi berada dalam keadaan terkejut. Ayah yang terlalu gembira membiarkan sahaja aku membiasakan diri dengan kenyataan aku telah menjadi tunangan orang. Sewaktu bersarapan, aku yang mamai kerana kurang tidur mengiakan sahaja segala yang ayah perkatakan padaku. Salah aku juga tidak pernah memberitahunya tentang Azhar dan Abang Shah yang pernah hadir dalam hidup aku. Abang Shah? Saat itu aku rasa lebih rela menerima lamaran cintanya dari menjadi tunangan Abang Akram.

Memikirkan itu, mampukah aku menerima kehadiran Abang Akram dalam hidup aku? Inikah hidup baru yang harus aku mulakan untuk menutup lembaran duka lalu? Adakah aku sudah benar-benar menutup kamus dalam hati dan akalku yang bertulis tentang Azhar? Bagaimanakah aku harus berkelakuan sebagai bakal menantu Tuan Kamal jika aku tidak pernah menganggap Abang Akram lebih dari seorang abang yang tidak pernah aku miliki sepanjang hayatku? Dalam keadaan diri yang sukar untuk bersedia mental mahupun fizikal, aku serahkan segala persiapan pada ayah dan Tuan Kamal sekeluarga. Tidak sanggup rasanya menterbalikkan 360° dunia ayah yang tampak riang. Menghilangkan seri wajah ayah yang dihiasi senyuman itu dengan menyatakan penolakan kepada peminangan ini. Pertunangan Khairunnisa! Satu-satunya perkara yang telah mengembalikan semula senyuman ayah sepenuhnya selepas peristiwa penangkapan aku bersama Amelia dahulu. Aku tidak mahu lagi menambah garis luka dalam hidup ayah. Biarlah aku yang berkorban pula pada kali ini. Semoga pengorbanan ini akan membahagiakan semua, terutamanya ayah yang sangat mencintai aku selama hayatku di muka bumi ini.

Dengan anggapan segalanya adalah untuk yang terbaik, aku redha. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Dia tidak pernah kejam pada hamba-Nya. Hanya kita yang sering menzalimi diri sendiri. Justeru, aku memilih untuk menjalani hidup baru ini dengan penuh sikap positif. Tidak salah rasanya. Aura positif yang aku salurkan ini bakal mencetus lebih banyak perembesan hormon endorfin, sejenis hormon yang baik untuk tubuh. Membantu pemulihan dan penghindaran penyakit secara semulajadi. Jika ia baik untuk kesihatan aku, tentu lebih baik buat ayah dan Tuan Kamal. Ya, aku telah lakukan satu kebaikan dengan menggembirakan mereka. Bukankah itu adalah motivasi yang paling baik?

Hari ketiga, aku memohon izin ayah untuk pulang. Balik untuk kembali bekerja! Maksudnya, aku bakal menemui bakal mertuaku! Bersediakah aku? Timbul juga rasa resah apabila memikirkan situasi itu. Memandangkan tiada apa-apa yang boleh dilakukan, aku menyediakan diri sebaik mungkin. Sangat mustahil untuk mengelakkan diri. Tidak perlulah aku bersikap seperti kanak-kanak pada saat seperti itu. Hanya menyempitkan perkembangan minda sahaja nanti. Sudahnya aku juga yang rugi.

Tiba di Sungai Manik, aku segera kembali memulakan tugas. Seperti biasa, dengan anggapan tiada sebarang peristiwa telah berlaku kelmarin. Tuan Kamal juga nampaknya begitu bekerjasama. Dia tidak pernah menyatakan apa-apa padaku. Tidak juga berniat untuk berbincang secara peribadi tentang isu itu. Satu perkara yang sungguh melegakan perasaan! Ditambah pula dengan kesibukan Abang Akram dan Abang Adrian yang memungkinkan tiada perjumpaan antara kami, aku boleh menarik nafas lega untuk tempoh yang lebih lama dari jangkaan.

Hujung minggu, Abang Shah dan Kak Aina datang. Mereka sudah tahu tentangnya, maka datang untuk menyampaikan ucapan tahniah secara berhadapan. Terkejut juga aku melihat wajah Abang Shah yang tiada riak duka. Adakah semua lelaki seperti itu? Begitu mudah melupakan? Bukankah dia baru sahaja mengucapkan kata-kata cinta padaku tidak lama dahulu? Mudah benarkah mengucap sayang? Atau dia bijak menyembunyikan rasa? Aku tidak mengerti. Mujur juga aku menolak masa itu. Jika tidak? Rasanya torehan luka di lubuk jiwa akan lebih parah dari ini. Walau apa pun, aku tidak lupa mengukir senyum di pinggir bibir. Menghargai ingatan mereka, seterusnya menyampaikan ucapan terima kasihku secara peribadi supaya lebih diingati.


4 comments:

MaY_LiN said...

haha...
camana la nk berdepan ni..
cool sungguh abg shah tu

Che Sue said...

salam to rahmah...
iyelah...dah pun sampai ke bab 28..tertungu-tungu gak reaksi shah n akram.

agak-agak akram tahu ker yg dia ditunangakn olh tuan kamal ngan nisa?

oh nisa...tabahlah dalam melalui hari-hari mu di samping tugas seharianmu yer....

best gak thiz story.biler nak sambung?

comei said...

hurm...
agak2nye la abg shah tu akram x?
hahaha suke2 aje kan2
saspen la

rahmahmokhtaruddin said...

#MaY_LiN: cool kan abg shah tu? hmm... tq2..

#Sue: cptnye baca.. xtaulah akram tau ke x..mungkin tau, mungkin x..hehe..

#comei: boleh eyh tular2 mcm tu? tp kn dorg org lain2 tu?

terima kasih untuk semua komen..sgt memberi semangat.. =)

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape